MAKLUMAN
Ramai peminat motor berkunjung mengnyaksikan pemeran-pemeran motor custom dan tidak juga ketinggalan Persatuan Temburongbikers
TEMBURONGBIKERS BERBESAR HATI MENGUCAPKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA YANG TERLIBAT KETIKA ITU,DAN TIDAK LUPA KEPADA YANG MEMBERI SOKONGAN TERHADAP KAMI SEMUA
TEMBURONG, Jumaat - Setelah penubuhannya dua tahun lalu Qlap Custom Bikes (QCB) hari ini berkonvoi ke daerah Temburong bertepatan dengan program Cuti-Cuti Temburong yang hampir melabuhkan tirainya pada 27 Disember ini.Dengan mempamerkan beberapa buah motosikal custom yang diubahsuai oleh anak-anak tempatan yang sangat tinggi nilai artistiknya dan mendapat sambutan baik di kalangan para peminat motosikal di negara ini.Rata-rata pengunjung menyifatkan pembuatan hasil tangan anak-anak tempatan juga mempunyai kualiti yang tinggi terutamanya bila saja kita mendekati sebuah chopper pertama hasil ciptaan ahli-ahli QCB iaitu pengubahsuai sebuah motosikal berjenama Kawasaki Vulcan 500cc menjadi sebuah Predator Chopper.Seperti yang dijelaskan oleh seorang ahli QCB bahawa Predator Chopper mempunyai reka bentuk yang unik dan di ipta sendiri oleh Pengurus QCB Awang Syam bersama-sama rakan beliau Awang Harry. dan disiapkan sepenuhnya pada Februari 2008.Di awal pembabitannya Awang Syam dan ahli-ahli QCB hanya menjadikan halaman kediaman beliau di Kampung Kiulap sebagai bengkel sementara sebelum ditempatkan ke lokasi yang lebih selesa.Seawal kedatangan mereka pada petang Khamis ke daerah Temburong mereka disambut dan di alu-alukan oleh Yang Di-Pertua Temburong Bikers, Awang Mohd Asraf dan ahli-ahli Temburong Bikers lainnya.Dalam tinjauan yang dibuat sewaktu ahli-ahli QCB sibuk mengatur persiapan bagi pelancaran, ada di antara para peminat motosikal beraksi bersama-sama chopper yang direka cipta oleh anak tempatan ini dan sempat memberi pandangan adalah tidak mustahil suatu waktu nanti reka cipta yang dihasilkan oleh anak-anak tempatan akan mendapat perhatian peminat di luar negara.Sikap pro-aktif yang di tunjukkan oleh QCB yang mempunyai lebih kurang 60 orang ahli ini tidaklah dapat di pandang remeh, tetapi jadikanlah ia satu suntikan motivasi bagi generasi baru kerana dengan pembabitan sebegini rupa setidak-tidaknya dapat memacu perekonomian negara sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan sosiobudaya yang mantap dan dinamik.Majlis pelancaran 1st Brunei QCB Roadshow di daerah Temburong disempurnakan oleh Pegawai Daerah Temburong, Awang Metussin OKS Haji Tuba dan dalam ucapan pelancarannya beliau antara lain menegaskan supaya generasi hari ini perlu dibentuk dengan sopan dan santun di samping perlu bekerjasama bagi mencapai kemajuan yang nantinya menjadikan negara ini terus ke hadapan dalam apa jua bidang yang bermanfaat.Turut hadir di majlis itu ialah para ketua kampung, ahli-ahli Temburong Bikers, ahli-ahli Kakashi Bikerz dan peminat-peminat serta orang ramai.
Oleh Noorhamizan Haji Mohd Mosbi
Di Petek dari Media Permata.