MAKLUMAN

layari blog temburongbikers edisi ke dua dengan mengklik

http://ptemburongbikers.blogspot.com/

MESYUARAT KALI PERTAMA
TARIKH: 3 MAC 2009.
HARI: SELASA.
MASA: 8.00 malam.
TEMPAT: Dewan Bukit Retak Belia Dan Sukan
Daerah Temburong.



AHLI YANG HADIR:
1. Khairol Asyraf Bin Bagol.
2. Jaidi Haji Gomban.
3. Mohd Shahrol bin Abdullah.
4. Md Sabtu Bin Sapar.
5. Zakaria Bin Haji Mudin.
6. Md Ali Bin Haji Radin.
7. Hamdan Bin Taha
8. Johari Bin Haji Gomban
9. Haji Asman Bin Haji Timbang.
10.Haji Adam Bin Musa.
11.Noraidah Binti Bandun
12.Suryanie Bte Haji Jamuddin
13.Salvia Bte Mohd Yusofe
14.Rezalman Bin Latip.
15.Sukaimin Bin Mohammad
16.Haji Zakaria Bin Haji Edris
17.Isa Bin Kahar
18.Iswadi Bin Haji Zaini
19.Hamdan Bin Embran

Mandat:
1. Sahri bin Pandin.
2. Manap Bin Haji Yahya.


AGENDA TINDAKAN

1. Bacaan Surah
Al-Fatihah

- YDP Khairol Asyraf Bin Bagol
memulakan mesyuarat dengan mengetuai bacaan surah Al-Fatihah dan disedekahkan khusus kepada arwah saudara-saudara yang telah kembali ke Rahmatullah.


2. Ucapan pengerusi.
- Pengerusi mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas kesudian ahli-ahli Persatuan Temburong Bikers meluangkan masa menghadirkan diri ke mesyuarat ke iii pada malam itu bagi sama-sama mencari kesepakatan dalam menjalankan aktibiti-aktibiti persatuan ini.
- Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli yang telah menyertai 1)konvoi motosikal mengibar bendera di Bandar Seri Begawan 2) konvoi bermotosikal mengibar bendera peringkat daerah Temburong. 3)Konvoi bermotosikal mengiringi belia-belia cinta tanah air.
- Pengerusi juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas kesemua ahli yang menitikberatkan pemakaian topi keselamatan yang diluluskan.



3. ACARA
- Pengerusi mengusulkan tarikh,tempat dan acara bagi hari keluarga P.T.B. yang mana semua ahli bersetuju di adakan :
Tarikh: 22Mac 2009.
Hari : Ahad.
Tempat: Taman Aie Tenap Kg Selapon Temburong.
Format acara: Bermalam 21Mac 2009 (tempat yang sama) Doa kesyukuran, jamuan dan acara sukan muhibbah.


4. ACARA RAMAH MESRA DUA DAERAH DI TAMAN AIE TENAP 9MAC 2008
HARI AHAD
- Ydp menyediakan kem.
- Alatan memasak disediakan oleh Muhamad Said dan Sapar Piut.
- Umbut ditaja oleh keluarga Rezalman Latip.
- Pengerusi menerangkan agar ahli yang ingin bermalam di kawasan perkhemahan pada 8Mac2008 hari Sabtu hendaklah mendaftarkan ke Setiausaha untuk dimaklumkan ke balai polis Temburong.
- Makanan dan minuman pada hari Sabtu dan malamnya adalah atas perbelanjaan masing-masing.
- Isa Duraman mencadangkan agar kawasan perkhemahan dikawal dan ditutup untuk orang ramai.
- Pengerusi mengarahkan setiausaha untuk meminta bantuan pegawai keselamatan dan di bantu oleh semua ahli yang diketuai oleh Abd Manaf dan Md Shahrol.
- Isa Kahar: bagaimana andainya terjadi banjir kilat.
- Pengerusi: berpindah ke tempat yang lebih tinggi berhampiran tapak perkhemahan.
- Md Fadzli Md Sani: bagaimana jika jalanraya dibanjiri air.
- Pengerusi: Tunggu sehingga air surut.


5. MAJLIS KURBAN
- Timbalan Ydp menerangkan pengertian korban dan Aqiqah.
- Pengerusi meminta ahli-ahli yang berhasrat ikut serta berkurban pada tahun ini hendaklah mendaftar kepada bendahari.


6. HAL-HAL LAIN
- Timbalan Ydp mencadangkan agar persatuan membuat dua helai baju iaitu sehelai baju kemeja dan sehelai baju T-Shirt. Beliau juga mencadangkan untuk membuat kain rentang persatuan dan di bawa kemana saja persatuan ini membuat aktibiti.
- Sapar Piut melapurkan bahawa Trilla motor yang di buat ketika ini hanya menunggu untuk memasang spring saja lagi.
- Rezalman Latip meminta senarai nama ahli yang berkeinginan untuk membeli jacket keselamatan.
- Bendahari mengingatkan kepada ahli supaya menjelaskan yuran bulanan yang masih tertunggak.



PENUTUP
- Pengerusi menggulung semula aktibiti yang akan dibuat pada 22Februari 2008 dan 9Mac 2008 nanti.
- Pengerusi menutup mesyuarat dengan bacaan surah Al-Asr’
- Mesyuarat berakhir pukul 11:10 malam.